Monday 29 October 2012

KARNIVAL PENDIDIKAN ISLAM DAN BAHASA ARAB j QAF

Bersama mermatabatkan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab....semoga program seperti ini dapat melahirkan insan yang cemerlang dan berbakat

Wednesday 10 October 2012

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM


Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Monday 8 October 2012

Mutiara kata

Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat

Sunday 7 October 2012

Selamat Datang

Selamat datang ..Ahlan Wasahlan...ke Blog saya, saya Wan Solehhah bt Wan Md zin (D20112054061) Program Pendidikan Sekolah Rendah.Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia (PPG-PJJ) ambilan Februari 2011/2012. Sekiranya anda ada sebarang komen dan pendapat..sila berhubung dengan saya di laman Facebook..